Friday, December 31, 2010

Cuti Umum Vs Bekerja?

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Semua majikan diminta memberi cuti bergaji kepada pekerja esok berikutan pengisytiharan cuti umum bagi meraikan kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, majikan hendaklah memberi cuti kelepasan am sebagai cuti wajib tambahan kepada pekerjanya sebagaimana seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 60D(1)(b) Akta Pekerjaan 1955.
"Namun jika majikan masih memerlukan pekerja untuk bekerja pada hari tersebut atas keperluan operasi maka pekerja berkenaan hendaklah dibayar gaji mengikut peruntukan Akta Pekerjaan 1955," katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan percubaan dua adik-beradik mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan melakukan tekan tubi paling banyak dan angkat berat kanak-kanak menggunakan jari di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri mengisytiharkan esok cuti umum bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia merayakan kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Tambah Subramaniam, jika majikan gagal memberi cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, para pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.
"Majikan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah," katanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah sekali lagi atas skuad Harimau Malaya yang berjaya membaham Garuda!~
Adat permainan, kali ini kami pula yang berjaya!~
:D

Maka atas kejayaan itu, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengumumkan hari ini (31 Disember 2010) sebagai cuti umum. Bukan selalu kita menang piala sukan ini yang dahulunya dipanggil Tiger Cup.

Tapi topik kali ini berkisar tentang kekecewaan mereka yang terpaksa bekerja pada hari cuti umum tersebut (pekerja swasta terutamanya)
Tapi jangan risau rakan sekalian, Datuk Subra dah mengumumkan dapat gaji double/triple ikut undang-undang. Kalau majikan tak bagi, boleh report & majikan didenda.

Kira dapat gaji double/triple ni okay la, dari tak dapat apa-apa kan?

That's life, realiti kepada pekerja swasta yang makan gaji

:D

No comments:

Post a Comment